Objektif
Penubuhan Maktabah Al-Ihya'
Antara
tujuan penubuhan Pusat Sumber dan Penyelidikan Al-Ihya’ (Maktabah al-Ihya') adalah:
1)
Menjadi pusat sumber rujukan dalam bidang ilmu-ilmu agama
dan ketamadunan terutamanya yang sukar didapati di pusat-pusat sumber awam dan
universiti dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Arab, bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris.
2)
Menjadi pusat kajian dan penyelidikan dalam mempertahankan
ajaran agama Islam dan kefahamannya yang muktabar berdasarkan pegangan ahli
sunnah wal jamaah.
3)
Menyediakan khidmat bimbingan dan latihan dalam melakukan penyelidikan
ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam menjawab isu-isu semasa.
4) Menyediakan pengajian asas fardhu 'ain dan penerangan tentang isu-isu
mengenai ilmu pengetahuan berdasarkan pandang alam Islam (Islamic Worldview).
Antara penerangan-penerangan tersebut adalah:
4.1: Penerangan tentang tradisi dan
falsafah Ilmu menurut Islam
4.2: Penerangan tentang
perkembangan bidang-bidang ilmu agama dalam tradisi keilmuan Islam.
4.3: Penerangan
dan perbincangan tentang aliran pemikiran semasa dalam konteks ilmu
pengetahuan.
4.4: Penerangan
tentang tradisi perwarisan ilmu-ilmu agama berdasarkan amalan para ulama’ yang
muktabar.
5)
Menyediakan kemudahan pinjaman sumber rujukan dan jualan
buku-buku rujukan dan khidmat penyalinan sumber rujukan untuk kemudahan para
pengkaji.
6)
Menyediakan penyelidikan-penyelidikan ilmiah samada secara
individu mahupun berkumpulan.
No comments:
Post a Comment