Konsep
Bait al-Hikmah
Sebagaimana
telah disebutkan, penubuhan Maktabah al-Ihya’ mengambil contoh daripada
penubuhan Bait al-Hikmah yang pernah dibina pada zaman Khilafah
Abbasiyyah yang menjadi pencetus kepada perkembangan ilmu pengetahuan dalam
tamadun Islam.
Pada
zaman pemerintahan Abbasiyyah, tercetusnya perkembangan ilmu pengetahuan dalam
tamadun Islam dalam segenap bidangnya. Sejak tahun 132 Hijrah, di mana
pemerintahan Islam berpindah tangan kepada Bani Abbasiy dan tampok pemerintahan
Islam beralih ke Baghdad, tamadun Islam dipandu ke arah pembangunan dari sudut
ilmu pengetahuan secara pesat.
Perkembangan
bidang ilmu pengetahuan dalam dunia Islam pada ketika itu bermula dengan
semangat dan ketekunan Khalifah Abu Ja’far al-Mansur (m: 158 H) dalam mengumpul
manuskrip dan sumber rujukan dalam pelbagai bidang ilmu asing seperti ilmu
perubatan, ilmu sejarah dan sebagainya. Ilmu-ilmu tersebut dianggap sebagai
ilmu yang asing bagi dunia Islam pada ketika itu kerana dalam dunia Islam,
budaya ilmu yang berkembang dalam masyarakat ilmuwan pada ketika itu lebih
menjurus kepada ilmu-ilmu keagamaan bersumberkan wahyu dan ilmu-ilmu yang
berkhidmat kepada teks-teks wahyu. Sumber-sumber dan bahan bacaan berkenaan
ilmu-ilmu asing seperti perubatan, sejarah, falsafah dan sebagainya dikumpul di
sebuah perpustakaan rasmi di kediaman khalifah dan sebahagian daripadanya
diterjemah ke dalam bahasa Arab.
Perkembangan
ilmu di kota Baghdad menjadikan ianya sebuah pusat kebangkitan ketamadunan (nahdah
hadhariyyah) termasuklah dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Perkembangan ilmu diteruskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid (170-193 H) dengan
menjadikan bahan bacaan yang tersimpan secara dalam kediaman khalifah sebagai
bahan bacaan umum untuk para penuntut ilmu dan para ilmuwan. Bahkan, beliau menyemarakkan
lagi usaha penambahan bahan-bahan bacaan dan sumber-sumber ilmu di samping
menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab. Lalu, Khalifah Harun al-Rasyid
menjadikannya sebagai sebuah tempat kajian dan sumber ilmu dan dinamakan
sebagai Bait al-Hikmah.
Pada
awalnya, ianya sekadar tempat sumber rujukan dan simpanan bahan bacaan, namun
pada zaman al-Ma’mun, ianya menjadi tempat akademi ilmu yang agung di mana
bukan sahaja mempunyai simpanan rujukan-rujukan ilmah, diwujudkan juga
majlis-majlis pengajian dan penulisan ilmiah.
Menurut
Dr. Khidir Ahmad ‘Atho’illah dalam bukunya Bait al-Hikmah fi ‘Asr
al-‘Abbasiyyin:
“…sehinggakan, Bait
al-Hikmah adalah perpustakaan awam yang terawal yang agung dalam dunia
Islam. Bahkan, ianya adalah sebuah universiti
Islam yang pertama yang mana para ulama’
dan pengkaji berhimpun padanya dan para penuntut ilmu turut mengunjunginya.”
[m/s: 30]
Bait
al-Hikmah menjadi pusat penyimpanan sumber ilmu
daripada India, Rom dan Parsi lalu sebahagian ahli ilmu menterjemahkannya ke
dalam bahasa Arab dengan bantuan ilmuwan-ilmuwan asing seperti ilmuwan Kristian
dan sebagainya. Antara yang membantu bidang penterjemahan buku-buku asing ke
dalam bahasa Arab adalah seperti:
Gorgis
bin Baghtisyu’ yang menterjemahkan buku-buku perubatan daripada bahasa Yunani
ke dalam bahasa Arab.
Yohana
bin Masawaiyh al-Suryani yang mentejemahkan buku-buku perubatan daripada dunia
Rom ke dalam bahasa Arab
Al-Fadhl
bin Nubikht dan Ibn al-Muqoffa’ yang menterjemahkan buku-buku ilmu falak
daripada bahasa Parsi ke dalam bahasa Arab.
Hunain
bin Ishaq yang menterjemahkan buku-buku perubatan daripada bahasa Yunani, Parsi
dan Suryani ke dalam bahasa Arab.
Al-Kharawizmi
yang menerbitkan buku-buku dalam bidang ilmu falak, astronomi dan matematik dan
dilantik sebagai ketua di Bait al-Hikmah pada zaman al-Ma’mun.
Kita
boleh ringkaskan fungsi Bait al-Hikmah pada zaman Abbasiyyah ini
kepada tiga fungsi utama iaitu:
o Pusat Sumber dan Perpustakaan
o Pusat Penterjemahan
o Pusat Kajian dan Pengajian (seperti
Universiti)
Seiringan
dengan itu juga, tertubuhnya sebuah perpustakaan awam peribadi yang lain di
Baghdad, di samping kewujudan Bait al-Hikmah. Ia ditubuhkan oleh seorang
individu yang cintakan ilmu iaitu Ali bin Yahya al-Munjam lalu diberi nama
sebagai Khizanah al-Hikmah. Begitu juga dengan Maktabah Ishaq bin
Sulaiman al-‘Abbasi yang dibangunkan oleh Ishaq bin Sulaiman dan perpustakaan
yang lebih besar daripada itu iaitu Maktabah Yahya bin Khalid al-Barmaqi
yang mana dikatakan, tiada kitab dalam perpustakaan-perpustakaan, melainkan ada
sebuah naskhah di dalam Maktabah Yahya bin Khalid tersebut. Begitu juga Maktabah
al-Waqidi, milik al-Waqidi, seorang sejarahwan yang terkenal.
Begitu
juga setelah itu muncul perpustakaan besar milik pembesar dan ilmuwan Mesir
iaitu al-Mubassyir bin Fatik (m: 480 H) yang menyimpan kitab-kitab dalam ilmu
Matematik, Falsafah dan sebagainya. Begitu juga Maktabah yang ditubuhkan
oleh Khalifah al-Nashir li Dinillah yang besar sepertimana Khalifah al-Mu’tashim
billah juga menyiapkan Maktabah yang besar di kediamannya yang
mengandungi pelbagai bidang ilmu.
Harrah's Cherokee Casinos - JamBase
ReplyDeleteHarrah's Cherokee Casinos · 강릉 출장안마 Caesars 천안 출장안마 Southern Indiana · Eldorado Southern Indiana 제주도 출장마사지 · Harrah's Cherokee Valley River Casino 경주 출장샵 & Hotel · Harrah's Cherokee Valley 김제 출장안마 River Casino &